Lebih 1.5 Juta Sudah Dijangkiti Covid-19

PARIS: Lebih 1.5 juga kes koronavirus baharu (Covid-19) sudah direkodkan di seluruh dunia, berdasarkan data dikumpul AFP daripada sumber rasmi, sehingga hari ini.

Daripada 1,502,478 jangkitan, seramai 87,320 meninggal dunia membabitkan 192 negara dan wilayah sejak pandemik ini bermula di China, hujung tahun lalu.

Data dikumpul AFP diperoleh dari pihak berkuasa kebangsaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya menggambarkan sebahagian kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Banyak negara yang hanya melakukan ujian terhadap kes serius.

Di Amerika Syarikat, yang mana pandemik ini merebak dengan cepat merekodkan 432,132 kes termasuk, 14,817 kematian.

Sepanyol mengumumkan 146,690 kes dengan 14,555 kematian, manakala Itali sebanyak 139,422 jangkitan dengan 17,669 kematian.

Eropah kekal sebagai benua paling teruk terjejas dengan 772,592 kes, dan 61,118 kematian. – Agensi

Sumber: Google Coronavirus (COVID-19) map

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *