Kedai Hardware Di Sabah Boleh Beroperasi Selasa & Khamis

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan kedai menjual hardware beroperasi sebanyak dua kali seminggu sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata, para peniaga berkenaan hanya dibenarkan beroperasi pada setiap hari Selasa dan Khamis sahaja.

“Keputusan itu diambil menerusi Sabah Covid-19 Command Centre pada 8 April. Waktu operasi yang dibenarkan adalah jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja.

Safar Untong

“Hanya tiga buah kedai menjual hardware dibenarkan bagi daerah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau, Lahad Datu, Penampang, Tuaran, Beaufort, Ranau, Papar, Sipitang, Tenom dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk daerah lain hanya dua buah kedai menjual hardware sahaja dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, untuk daerah lain hanya dua buah kedai menjual hardware sahaja dibenarkan beroperasi.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  akan menentukan Kedai Menjual Hardware yang dibenarkan beroperasi di daerah masing-masing. 

“PBT akan menguatkuasakan pematuhan Tatacara Operasi Perniagaan seperti jarak sosial (social distancing) satu meter, menghadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa, tempoh masa berada di premis, penetapan satu pintu/laluan masuk dan satu pintu/laluan keluar dan pengimbasan suhu badan.

“Pemakaian face mask serta penggunaan hand sanitizer kepada pelanggan dan pekerja juga diwajibkan,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *