Lelaki Warga Asing Ditangkap Curi Tabung Sumbangan Tokong

Peter Umbuas

TAWAU: Lelaki warga asing ditangkap selepas disyaki mencuri tabung duit sumbangan sebuah tokong di Batu 5 1/2 Jalan Apas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, tangkapan dibuat selepas menerima laporan daripada seorang pengadu lelaki berusia 53 tahun bahawa tabung sumbangan Tokong Loong Sheng Gong dicuri oleh orang tidak dikenali.

“Hasil risikan, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau berjaya menangkap suspek berusia 35 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kinabutan Kecil Batu 5 Jalan Apas pada jam 12.55 tengah hari, semalam.

“Dengan dipandu arah oleh suspek, tabung berkenaan berjaya ditemui di kawasan semak tepi jalan Kinabutan Batu 5 Jalan Apas,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan dijalankan mendapati suspek bersama seorang rakan yang masih bebas masuk ke kawasan tokong dan mengumpil pengikat tabung berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Setelah itu, mereka mengumpil tabung berkenaan dan mengambil sejumlah wang di dalamnya sebelum membuang tabung berkenaan ke dalam semak tepi jalan,” katanya.

Peter berkata, pemeriksaan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah ditangkap dan dituduh di Mahkamah Tawau atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya suspek mempunyai penglibatan dengan kes-kes lain,” katanya.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *