Tidak Boleh Jual Ikan Di SAFMA Kota Kinabalu

Pasar Ikan SAFMA Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah melarang aktiviti menjaja ikan di kawasan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kesesakan yang berlaku di kompleks berkenaan setiap hari.

“Oleh itu, kita memutuskan Kompleks Perikanan ini hanya digunakan untuk tujuan pemunggahan ikan dan jualan borong sahaja.

“Semua aktiviti menjaja ikan dan hasil perikanan lain di kawasan kompleks tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Berhubung kesesakan di beberapa bank sekitar bandar dan pekan di seluruh negeri sejak semalam, Safar menasihatkan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

Pihak bank turut disaran menghadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa di samping melaksanakan tatacara yang tertib dan teratur.

SumbeR: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *