Shafie Puas Hati Pelaksanaan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpuas hati dengan status pelaksanaan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah yang diumumkan beliau pada 25 Mac lalu.

Shafie berkata, Sabah COVID-19 Command Centre telah diarahkan untuk terus memantau pengagihan bantuan berkenaan.

Katanya, setakat 7 April semalam, antara bantuan yang sudah disampaikan adalah Bantuan Khas COVID-19 ‘One-Off’ RM300 ‘vulnerable’.

“Seramai 19,795 orang Penerima Bantuan Am telah menerima bantuan mereka masing-masing sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM5,938,500.

“Selain itu, Penerima Bantuan Anak Yatim seramai 2,559 orang telah menerima bantuan mereka masing-masing sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM767,700,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, Penerima Bantuan Orang Tua seramai 28,779 orang telah menerima bantuan mereka masing-masing sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM8,633,700.

Katanya, Penerima Bantuan Kanak-Kanak membolehkan seramai 6,527 orang telah menerima bantuan sebanyak RM1,958,100.

Katanya, antara penerima lain adalah Bantuan Orang Kurang Upaya dan Pesakit Kronik, seramai 2,294 orang menerima bantuan sebanyak RM688,200. 

Penerima Elaun Pekerja Cacat seramai 1,871 Orang (RM561,300), Penerima Bantuan OKU tidak upaya kerja seramai 1,267 orang (RM380,100).

Menurutnya, jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori berkenaan adalah sebanyak RM18,927,600 melibatkan seramai 63,092 orang penerima.

“Selain itu, perbelanjaan bantuan makanan kepada pelajar-pelajar Sabah di Semenanjung Malaysia berjumlah RM874,100 yang melibatkan 1,818 orang pelajar di IPTA/IPTS. Peruntukan telah diagihkan kepada pelajar melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah-Kuala Lumpur.

“Sejumlah RM500,000 telah disampaikan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk bantuan kepada pelajar yang berada di Kampus Induk Kota Kinabalu, WP Labuan, Sandakan dan non-resident ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Disamping itu katanya, seramai 131 orang, perbelanjaan bantuan berjumlah RM4,461 di pusat kuarantin dan kuarantin di rumah melibatkan 966 keluarga dengan perbelanjaan bantuan RM193,200.

Katanya, Kuarantin Sementara Jalanan (gelandangan) melibatkan 20 orang dengan perbelanjaan bantuan makanan berjumlah RM2,354.

Sehingga kini katanya, jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori ini adalah sebanyak RM200,015.

Katanya, jumlah berkenaan akan bertambah dari semasa ke semasa tertakluk kepada bilangan individu dibawah siasatan (PUI) yang ditempatkan di pusat kuarantin.

Shafie yang juga Menteri Kewangan menjelaskan setakat ini seramai 134 orang pesakit COVID-19 telah menerima bantuan ‘One-off’ RM500 masing-masing melibatkan jumlah RM67,000.

Katanya, bantuan berkenaan RM500 berkenaan juga disalurkan kepada rakyat terjejas seperti Golongan Khas Miskin dan Miskin Tegar (RM20 juta). 
Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memproses pembayaran kepada seramai 15,713 Orang Ketua Isi Rumah Miskin (KIRM) dan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang melibatkan RM7,856,500.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *