TERKINI: 179 Kes Positif Covid-19, Empat Lagi Kematian

PUTRAJAYA: Empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 61 kes.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 179 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga kini dan 46 daripadanya berkaitan dengan perhimpunan di (Masjid) Seri Petaling.

“Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 3,662 di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 99 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 48 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas berkaitan kematian dilaporkan, Noor Hisham berkata, kematian ke-58 (kes ke-2210) membabitkan lelaki

tempatan berusia 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-1031). Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 27 Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada 4 April, jam 1.37 tengah hari.

“Manakala, kes kematian ke-59 (kes ke-3484) adalah juga membabitkan lelaki tempatan berusia 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia 4 April, jam 3.40 petang,” katanya.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-60 (kes ke-3073) pula membabitkan lelak tempatan berusia 53 tahun yang dirawat di HUS pada 31 Mac 2020.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April jam 12.39 pagi. Manakala, kes kematian ke-61 (kes ke-2200) pula adalah lelaki

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covud-19 dan telah discaj daripada wad sebanyak 1,005 kes,” katanya.

tempatan berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah

pinggang. Beliau dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia pada 4

April jam 9.36 malam,” katanya.

Tambahnya, 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *