Kenderaan Persendirian & Pengangkutan Awam Di Sabah Hanya Sehingga 6 Petang

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu, Datuk Safar Untong berjanji meneruskan aspirasi Ketua Menteri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam sepanjang memikul tugas berkenaan.

Beliau berkata, perkhidmatan kepada rakyat penting sama ada di peringkat kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan kesyukuran kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang meletakkan kepercayaan kepadanya untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

“Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada Ketua Menteri kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, saya akan meneliti dan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

“Beliau ada memberikan nasihat kepada saya supaya perkhidmatan awam harus ditingkatkan prestasi dan memastikan kita harus berkhidmat kepada rakyat, percepatkan semua perkhidmatan yang diperlukan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Safar dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa Isnin lalu menggantikan Datuk Seri Hashim Paijan yang bersara wajib 1 November lalu.

Majlis serah terima tugas antara kedua-dua pemimpin itu dilaksanakan selepas mesyuarat pasca Kabinet sambil disaksikan Mohd. Shafie.

Safar, 55, mula berkhidmat dalam sektor awam negeri di JTU sebagai Juruukur Daerah pada tahun 1987 sebaik sahaja mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Tanah dan Ukur daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun sama.

Semasa dalam perkhidmatan, beliau melanjutkan pelajaran dan mendapat Sarjana Pengurusan Perniagaan pada tahun 2006 dan Sarjana Sains (Pengurusan dan Pembangunan Tanah) dua tahun kemudian di universiti yang sama.

Safar kini adalah Presiden Institusi Antarabangsa Bagi Pakar Utiliti untuk sesi 2019 hingga 2023 serta Ahli Majlis Konfederasi ASEAN Bagi Juruukur Tanah dan Geomatik untuk sesi 2019 hingga 2021.

Beliau yang merupakan Juruukur Profesional turut menjawat beberapa jawatan iaitu Pengerusi Lembaga Juruukur Sabah, Ahli Institut Juruukur Diraja United Kingdom (MRICS) dan Felo Institut Juruukur Diraja Malaysia.

Sementara itu ditanya tentang visinya, Safar berkata, beliau akan merangka perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Sumber: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *