COVID-19: 150 Kes Baharu Positif Hari Ini, 4 Kematian Dicatatkan

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa sebanyak 150 lagi kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Empat Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia setakat Sabtu (4 April 2020), jam 12 tengah hari tadi meningkat kepada 3,483 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 99 orang pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Dr Noorhisham turut mengumumkan 4 lagi kematian baru dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia meningkat kepada 57 orang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *