10 Bot Kumpit Keluar Dari Perairan Sabah

Anggota PPM melakukan pemerhatian terhadap bot kumpit yang diarah meninggalkan perairan Sabah. Foto PPM

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 buah bot Kumpit telah meninggalkan perairan Sabah sebelum pada 5 April 2020 sebagaimana telah dibenarkan oleh Pengarah MKN Sabah.

Jumlah 10 buah kumpit adalah di perairan Labuan 2 buah manakala Sandakan 6 buah dan Tawau 2 buah.

Antara aktiviti pemunggahan barangan adalah seperti beras, minyak masak dan mee untuk dibawa balik ke Filipina.

Anggota PPM melakukan pemerhatian terhadap bot kumpit yang diarah meninggalkan perairan Sabah. Foto PPM

Komander Pasukan Polis Marin (PPM W4) Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, pemeriksaan ke atas 10 buah kumpit berkenaan mendapati telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri untuk berlabuh di perairan Sabah bagi tujuan pemunggahan barangan (transhipment) seperti beras, minyak masak dan mee ke dalam kumpit-kumpit tersebut di Pelabuhan Labuan, Sandakan dan Tawau.

Pergerakan kumpit terakhir keluar dari perairan Sabah adalah dari Labuan sebanyak 2 buah pada 3 April 2020.

Di Tawau, pergerakan kumpit terakhir pada 01 April 2020, manakala di Sandakan adalah pada 02 April 2020.

Selain itu, PPMW4 akan membuat pemantauan secara berterusan khususnya yang melibatkan pergerakan kumpit di perairan Sabah dan akan mengusir keluar dari perairan Sabah jika terkesan mana-mana kumpit yang cuba memasuki perairan Sabah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sehingga 14 April 2020.

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *