TERKINI: Semua Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP- Menteri Pertahanan

PUTRAJAYA, 3 April: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.

“Mesyuarat pagi tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua pasar Ramadhan tidak dibenarkan,” jelasnya dalam sidang media Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu.

“Walaubagaimanapun jika PKP ini ditamatkan, maka pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) selepas PKP.

”Cuma selagi PKP 2 ini diteruskan, atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya.

Soal berkaitan bazar Ramadhan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP, tambah beliau.

SumbeR: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *