Pemandu Lori Ingkar PKP Ditahan Di Lahad Datu

Suspek yang ditahan.

LAHAD DATU: Polis di sini menahan seorang pemandu lori keluar dari rumah tanpa alasan munasabah yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Cocos Sektor 2, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata ketika kejadian suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan dan merayau-rayau di sekitar kampung jam 9.55 malam.

“Ketika ditanya petugas rondaan dan pemantauan PKP di kampung tersebut, suspek memberi alasan keluar kerana mahu membayar hutang di satu lokasi 100 meter dari kediamannya.

“Suspek ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Nasri berkata, hasil siasatan suspek mengetahui alasan yang diberikan tidak munasabah dan mengaku telah melanggar arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi menghentikan rantaian penularan COVID-19.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 11 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat berjangkit) (No. 2) 2020.- Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *