COVID-19: Dunia Kini Melepasi 1 Juta Kes

Sekitar 1,014,386 orang telah didiagnosis dengan penyakit Covid-19 di seluruh dunia dengan angka kematian melebihi 52,000 manakala kira-kira 212, 018 telah pulih.

Jumlah korban kematian Covid-19 di Sepanyol melepasi 10,000 pada hari Khamis kerana negara itu melaporkan jumlah kematian sehari yang paling tinggi sejak pandemik itu bermula dengan jumlah peningkatan sebanyak 1,000 hingga 10,348 dalam 112,065 kes.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University, Amerika Syarikat pula menjadi negara paling teruk yang dijangkiti Covid-19 di dunia dengan merekodkan lebih daripada 5, 897 kematian dan 244,320 kes jangkitan yang telah disahkan.

Sumber: Al-JazeeraThe Spectator Index

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *