Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Cabul Anak Rakan

Tertuduh mengaku tidak salah.

TAWAU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, semalam atas pertuduhan mencabul anak perempuan kenalan rapatnya pada 10 hari lalu.

Mohammad Amin Abd Mubin, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Pertuduhan pada 10.30 pagi itu diadakan di luar perkarangan mahkamah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang sepatutnya dijalankan di Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menyentuh payudara sebelah kiri kanak-kanak berusia 14 tahun di sebuah bilik sewa 1, lorong 6, Taman Amber Park, Tawau, 11 malam pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 22 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat.

Hakim Awang Kerisnada kemudian tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana risiko gangguan terhadap saksi pendakwa selain mangsa tinggal di rumah sewa yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes. -Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *