Dilaporkan Hilang Mencari Lokan, Enam Sekeluarga Ditemui Selamat

Keluarga tersebut dibawa ke Dewab Kampung Bukit Payung untuk pemeriksaan kesihatan. 

TUARAN: Enam individu yang dilaporkan hilang semasa mencari lokan di kawasan hutan bakau Kampung Bukit Payung ditemukan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohd Abd Qawie Abdul Gapar berkata, mangsa kesemua berumur 16 hingga 60 tahun itu dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam kelmarin.

Keluarga tersebut setelah ditemui oleh anggota penyelamat hari ini.

“Bertindak dengan laporan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) sehingga jam 10.54 malam sebelum ditangguhkan dan akan disambung keesokan harinya.

“Kira-kira sejam selepas menjalankan pencarian pada keesokan hari, tiga mangsa berjaya keluar dari kawasan hutan sebelum ditemukan orang awam,” katanya.

Menurutnya hasil maklumat yang disalurkan oleh tiga individu ini, pihaknya kemudian menjalankan SAR dan berjaya menemukan baki tiga lagi individu kira-kira 10 minit kemudian pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa pertama ditemukan.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan jam 12 tengah hari semalam,” katanya.

Tambahnya operasi disertai beberapa agensi termasuk polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Pengesan (K9) Bomba yang dianggotai dua pegawai bersama seekor anjing bernama Lexi.- Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *