COVID-19: Ahli Parlimen Batu Sapi Diarah Kuarantin Diri Dua Minggu

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk melakukan kuarantin diri kerana mempunyai kontak dengan orang yang disyaki (PUI) menghidap Covid-19.

Vui Keong berkata, kuarantin bermula 1 April selama dua minggu sehingga 14 April.

Katanya, ujian kesihatan juga akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari ini untuk memastikan beliau tidak dijangkiti virus berkenaan.

“Saya akan mematuhi nasihat pegawai perubatan. Saya perlu memastikan tiada risiko untuk saya menjangkiti kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang mendoakan kesihatannya dan petugas barisan depan yang bertugas di 10 sekatan jalan raya sepanjang jalan Sandakan – Kota Kinabalu.

SumbeR: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *