COVID-19: UMNO Sabah Agih Sumbangan Barang Keperluan Bernilai RM1 Juta

Gambar Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU, 1 April: UMNO Sabah hari ini mula mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM1 juta bagi meringankan beban dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat negeri ini yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada 12,500 penerima di seluruh bahagian UMNO di Sabah.

Gambar Bung Moktar Radin

“Seramai 500 penerima di setiap bahagian UMNO akan mendapat bantuan ini dan ia akan diagihkan secara berperingkat bermula hari ini. Barangan keperluan yang akan diagihkan antaranya ialah beras, roti, minyak masak termasuk penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman,” katanya ,di sini, hari ini.

Beliau berkata demikain kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada setiap bahagian UMNO dan jentera parti bahagian berkenaan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Bung Moktar berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang parti atas dasar tanggungjawab sebagai organisasi untuk membantu rakyat dan misi kemanusiaan.

Gambar Bung Moktar Radin

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, persekutuan dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam menyalurkan bantuan tersebut.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *