Polis Tawau Nafi Notis Arahan PKP Tular Di Media Sosial

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas menafikan notis arahan kononnya dari Ketua Polis Negara yang tular di media sosial.

Notis itu berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April yang isi kandungannya tidak sahih dan bukan daripada pihak Ketua Polis Negara.

Beliau berkata setelah diteliti kandungan notis berkenaan, didapati ianya tidak benar dan tidak selari sepenuhnya sebagaimana yang telah digariskan dibawah PKP diwartakan oleh pihak kerajaan.

“Pihak IPD Tawau telah mengenalpasti sumber yang bertanggungjawab mengeluarkan notis berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Peter berkata, walaupun tindakan yang diambil dilihat bertujuan menasihati orang ramai berkaitan PKP, namun, ianya didapati tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak PDRM Tawau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita yang diterima tanpa mengesahkan kesahihan berita berkenaan,” katanya.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *