Pengarah UPPM Sabah Buat Laporan Polis

KOTA KINABALU: Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Abdullah Minun Sahirun membuat laporan polis berkaitan tuduhan berunsur fitnah berkenaan agihan dan pelaksanaan pakej bantuan stimulasi rakyat.

Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Karamunsing bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap tuduhan berkenaan.

Dalam laporan itu, beliau berkata, dokumen yang dikeluarkan itu sebenarnya cuma garis panduan yang boleh disesuaikan keadaan dan keperluan di setiap kawasan.

“Pengarah menyatakan bahawa kertas panduan yang diviralkan tersebut adalah bersifat bahan taklimat dalaman sebagai garis panduan semata mata kepada Pemimpin Pemimpin Pembangunan Masyarakat di kawasan masing-masing.

“Apa yang disenaraikan dalam bahan taklimat itu boleh disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan kawasan masing-masing,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kononnya ada pegawai UPPM yang tidak amanah memberikan bantuan kepada rakyat.

Ini berikutan tersebar gambar barangan bantuan yang dikatakan tidak mencapai nilai RM100 yang kononnya nilai ditetapkan oleh kerajaan.

SumbeR: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *