Penerima BSH Sedia Ada, M40 Yang Ada Data Cukai Tak Perlu Memohon

KUALA LUMPUR: Golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kumpulan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

LHDN dalam kenyataan berkata ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengannya akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

“Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 April 2020 dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my.

Sekiranya status semakan ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’ yang dibuka sehingga 30 April ini.

Langkah mudah bagi semakan penerimaan BPN ialah hanya dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan captcha yang diberikan dan keputusannya akan dipaparkan.

Tidak ada permohonan secara manual dibenarkan kerana semua premis LHDN ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my bermula 3 April 2020.

Agensi itu juga mengingatkan orang ramai mungkin sukar memasuki portalnya berikutan kesesakan trafik dalam talian pada masa ini.

Justeru, semakan boleh dilakukan pada luar waktu puncak. Bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada April dan Mei.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh mengajukannya menerusi HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan media sosial rasmi lembaga iaitu Facebook (https://www.facebook.com/LHDNM) danTwitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *