DBKK Nyah Cemar 47 Premis Di Kota Kinabalu

Foto Facebook DBKK

KOTA KINABALU: Sebanyak 47 premis sudah melalui proses nyah cemar dilakukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), setakat hari ini.

Pengarah Jabatan Landskap DBKK merangkap Pengurus Pasukan Disinfeksi Covid-19 DBKK, Robert Lipon berkata menerusi jumlah itu, 12 premis membabitkan masjid, 10 surau dan tujuh bangunan pasar.

“Kita juga laksanakan nyah cemar di enam bangunan milik DBKK, empat pejabat kerajaan, tiga sekolah dan dua terminal bas.

Foto Facebook DBKK

“Antara lokasi terbabit termasuk Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Tanjung Aru dan Pasar Inanam.

“Kita akan lakukan nyah cemar jam 2 petang selepas semua premis menutup operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudah proses ini.

“Pelaksanaannya dilakukan setiap hari, sejak 18 Mac lalu dan ia berterusan sehingga selesai,” kata dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Robert berkata 55 kakitangan DBKK pelbagai bahagian terbabit dalam pelaksanaan nyah cemar terbabit.

“Semua kakitangan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembahagian lokasi nyah cemar,” katanya. – Berita Harian

Foto Facebook DBKK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *