“Aku Mahu Minta Bantuan Bah Tuan, Tiada Apa-Apa Sudah Di Rumah Kami Ni”

Umum sedia maklum bahawa ketika ini, setiap orang mengalami kesempitan dan kesulitan berikutan terpaksa duduk di rumah dan tiada pendapatan berikutan langkah kerajaan untuk mengawal pergerakkan supaya rantaian covid-19 dapat diputuskan.

Pasti ada dalam kalangan kita yang sangat terkesan dalam hal ini sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan bagi mengisi perut ahli kelaurga dirumah kerana tiada bekalan makanan dan juga wang untuk dibelanjakan.

Tebal muka demi sumbangan

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga merupakan aktivis masyarakat dikenali sebagai Abam Botak, dia telah memuat naik kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan.

Kayuh basikal dari rumah

Apa yang menyebakkan adalah apabila dia mengayuh basikal dari jauh semata-mata menahan malu untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.

Namun, ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.

Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.

Nak salam cium tangan sebab terharu

Dalam kenyataan Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberkan sehingga mahu mencium tangannya.

Dikesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.

Nak salam cium tangan sebab terharu

Dalam kenyataan Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberkan sehingga mahu mencium tangannya.

Dikesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.

Semoga cepat berlalu Covid-19 ini

Susulan daripada itu, rata-rata warganet mengakui berasa sebak diatas situasi tersebut. Mereka juga berharap agar setiap apa yang dilakukan oleh Abam Botak diberi ganjaran sebesarnya daripada Maha Pencipta.

Macam ni nampaklah yang kerja sendiri terasa susah

Tahulah kita siapa yang lebih memerlukan

Sumber : Abam Botak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *