Operasi Nyah Kuman Di Pusat Bandar Sandakan

Anggota bomba sedang melakukan pembersihan nyah kuman di Perhentian Bas Pusat Bandar Sandakan.

SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zon Sandakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Perbandaran Sandakan memulakan operasi semburan nyah kuman COVID-19 di Pusat Bandar Sandakan, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Jaffari Waliam berkata dua buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan untuk operasi semburan nyah kuman di pusat bandar ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi nyah kuman di Pusat Bandar Sandakan.

“Operasi dilakukan adalah lokasi tumpuan orang ramai bermula dari Jalan Dua, Jalan Tiga hingga ke Dewan Masyarakat dan Jalan Satu hingga ke kawasan Pasar Umum Sandakan,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata kawasan perhentian bas, Pasar Umum Sandakan dan laluan tidak boleh dilalui jentera bomba menggunakan kaedah pam yang dibawa oleh anggota bomba.

Jaffari yang turut serta dalam sepanjang operasi melahirkan rasa berpuashati dengan kerja-kerja operasi yang dilakukan pasukan ini.

Dalam pada itu, Jaffari memberitahu operasi semburan nyah kuman ini akan dilakukan di Pasar Batu 8 dan bandar-bandar satelit bermula esok sesuai dengan keadaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi nyah kuman di Pusat Bandar Sandakan.

“Kita amat berterima kasih dengan pasukan PDRM yang begitu berjaya mengawal keadaan lalui lintas di pusat bandar ini tanpa sebarang gangguan laluan jentera bomba melakukan operasi berkenaan,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada agensi-agensi terlibat sepanjang operasi ini yang memberi kerjasama baik kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Pegawai Bomba (PegB) Martin Thomas berkata sekiranya bahan pembasmi kuman itu memcukupi di mana pihaknya akan melakukan operasi secara berkala seminggu sekali.

“Hari ini sahaja kita menggunakan 2,000 liter cecair pembasmi kuman bagi melakukan operasi di sekitar bandar Sandakan,” katanya.

Martin menjelaskan terdapat baki lagi yang mana akan digunakan dalam operasi di lokasi lain. – Utusan Borneo

Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi nyah kuman di Pusat Bandar Sandakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *