JBPM Tawau Bersedia ‘Perangi’ Covid-19

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Tawau sentiasa dalam siap siaga membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani wabak Covid-19, di sini.

SUKUR HATTA

Ketua JBPM Zon 5 Tawau, Pegawai Kanan Bomba II Sukur Hatta berkata, ia menjadi tanggungjawab pihaknya memandangkan bomba pernah terbabit dalam operasi nyahkuman HADR 1.0, membabitkan penumpang dari Wuhan, China, sebelum ini.

“Kini, kami juga bersedia untuk melakukan tugasan yang sama memandangkan Tawau dan Lahad Datu mencatatkan jumlah pesakit positif Covid-19 yang tinggi di Sabah,” katanya.

Tambahnya, selain Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dan Lahad Datu, dua daerah lain iaitu Semporna dan Kunak turut mengambil langkah yang sama, sekiranya diperlukan.

“Semua BBP dibawah JBPM Zon 5 sedia memberi kerjasama kepada agensi kerajaan lain termasuk PBT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Dalam masa sama, anggota bomba juga terbabit dalam penugasan pemindahah pesakit Covid-19 ke kawasan kuarantin seperti yang dikendalikan BBP Lahad Datu,” katanya.

Tambah Sukur, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT), hari ini, bagi membincangkan secar khusus operasi nyah kuman yang akan dilakukan sekitar daerah ini. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *