Fasa 2 PKP: Waktu Operasi 8 Pagi Hingga 8 Malam

KUALA LUMPUR: Semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu.

“Pihak kerajaan menggalakkan supaya orang ramai menggunakan pembelian secara dalam talian dan kita nasihatkan supaya mengelak daripada bersemuka dengan pihak yang menghantar barangan itu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Berita penuh menyusul….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *