COVID-19: Empat Kes Baharu Positif Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak empat kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kes terkumpul meningkat kepada 201 kes setakat jam 12 tengah hari.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah berkenaan menjadikan Sabah negeri keempat mencatat jumlah kes positif tertinggi di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 156 kes baharu direkodkan di seluruh negara pada 30 Mac 2020 menjadikan jumlah terkumpul kes positif di Malaysia sebanyak 2,626 kes.

Menurutnya, Selangor masih mencatat rekod tertinggi dengan 672 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 396 kes dan Johor sebanyak 333 kes.

Beliau berkata, sebanyak 94 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 62 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Malaysia turut merekodkan tiga kes kematian baharu menjadikan jumlah terkumpul kes kematian akibat COVID-19 sebanyak 37 kes sehingga kini.

“Sebanyak 91 kes dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj iaitu jumlah terbesar discaj setakat ini. Jumlah berkenaan menjadikan kes pulih meningkat sebanyak 479 kes di seluruh negara,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *