Stesen Minyak Di Sabah Dibuka 6 Pagi Hingga 2 Petang

Pengusaha kebun sayur memuatkan pelbagai sayur-sayuran ke dalam kenderaan di Kundasang untuk dihantar ke Kota Kinabalu bagi memenuhi permintaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hanya memberi lanjutan waktu operasi stesen minyak khusus untuk kenderaan membawa barang keperluan sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata pihaknya menetapkan waktu operasi stesen minyak seluruh Sabah bermula dari 6 pagi sehingga 2 petang.

“Semua stesen minyak di seluruh negeri hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 2 petang sahaja.

“Waktu tambahan waktu operasi daripada jam 2 petang sehingga 6 petang dibenarkan khusus untuk pembekalan petrol dan diesel untuk kenderaan yang membawa barang keperluan sahaja.

“Ketetapan ini mula berkuat kuasa dengan serta-merta,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *