Bantuan Peralatan Kesihatan Dari China Tiba Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pesawat AirAsia dari China yang membawa peralatan perlindungan peribadi (PPE) serta penutup hidung dan mulut mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tepat pukul 3.10 petang ini.

Semua peralatan tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan China kepada Sabah hasil kerjasama kerajaan negeri dengan Pejabat Konsulat Besar China di Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan semua peralatan berkenaan.

Turut hadir, Konsulat Besar China, Liang Caide; Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Safar Untong dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew.

Agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut berada di terminal untuk mengangkat barangan tersebut. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *