5,644 Dndividu Di Sabah Dalam Pemantauan

KOTA KINABALU: Seramai 5,644 individu di Sabah masih berada di bawah pemantauan perintah pengawasan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata, daripada jumlah itu, 5,250 adalah kontak rapat yang sedang menjalani pemerhatian oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Sementara, 394 kontak rapat lagi sudah menamatkan tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Semua pemantauan ini dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

“Selain itu, 658 individu kini masih ditempatkan di 20 pusat kuarantin seluruh negeri manakala 18 sudah dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan. Selain itu, beliau berkata, satu pusat kuarantin baharu dibuka di Hotel Monaco Boutique, Sadong. Kota Kinabalu.

Dr Christina berkata, setakat jam 5 petang semalam, sebanyak 15 sampel positif Covid-19 baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 197 kes seluruh Sabah. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *