448 Keluarga Lagi Dari DUN Api-Api Terima Bantuan

Christina (tengah) menyerahkan bantuan makanan kepada 448 keluarga lagi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api

KOTA KINABALU: Seramai 448 keluarga lagi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api menerima bantuan berupa beras 10 kilogram, telur serta barangan makanan lain.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, sumbangan itu diberikan atas tanggungjawab sebagai ADUN Api-Api.

Katanya, sumbangan berkenaan turut diberikan kepada keluarga para petugas-petugas barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Christina (tengah) menyerahkan bantuan makanan kepada 448 keluarga lagi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api

“Antara mereka ialah kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Taman-Taman Sabah, penduduk Sembulan Tengah, Bukit Punai dan Taman Sabar Luyang.

“Tidak dilupakan golingan warga emas, ibu tunggal dan penjaja juga menerima bantuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pengedaran bantuan itu dijayakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Api-Api Grace Lee dan dibantu oleh kakitangan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Beliau berkata, pengedaran bantuan berkenaan adalah menerusi peruntukan yang disalurkan daripada Jabatan Ketua Menteri.

Penyerahan bantuan itu disaksikan oleh Mayor DBKK Datuk Nordin Siman serta tetamu kehormat yang lain. – Utusan Borneo

Christina (tengah) menyerahkan bantuan makanan kepada 448 keluarga lagi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *