Media Antarabangsa Lapor Seekor Kucing Di Belgium Dijangkiti COVID-19

Media antarabangsa mendakwa seekor kucing peliharaan di Belgium positif COVID-19 setelah dijangkiti daripada pemiliknya.

Menurut Jakarta Post, jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah jarang berlaku. Sebelum ini, dua ekor anjing di Hong Kong turut didakwa positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan ke atas haiwan peliharaan pesakit.

Jangkitan itu dilapor berpunca daripada kontak rapat antara haiwan dengan pesakit COVID-19, namun haiwan dipercayai tidak boleh menyebarkan virus itu kepada manusia, kata Dr Emmanuel Andre, jurucakap agensi kerajaan Belgium.

Di Hong Kong, anjing tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom akibat virus berkenaan. Sementara itu dalam kes di Belgium, kucing tersebut mengalami masalah pernafasan dan penghadaman.

“Kucing itu mengalami cirit birit, kerap muntah dan sukar bernafas. Penyelidik menemui virus di dalam najisnya,” kata Profesor Steven Van Gucht dilaporkan New York Post.

Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan haiwan itu dan pemiliknya, lapor portal tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menegaskan tiada bukti anjing, kucing atau mana-mana haiwan peliharaan boleh menyebarkan COVID-19 kepada manusia.

Beberapa bulan lalu di China, sebahagian pemilik-pemilik haiwan dilaporkan mencampakkan haiwan peliharaan mereka dari atas bangunan kerana dipercayai khuatir haiwan itu boleh menyebarkan virus tersebut.

Sumber: The Jakarta PostNew York PostThe Japan TimesThe Sun UKThe Straits Time Singapore, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *