COVID-19: Kematian Pertama Di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei merekodkan kes kematian pertama hari ini membabitkan seorang warga emas berusia 64 tahun.

Setakat ini, Brunei melaporkan 115 kes yang sebahagiannya dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Malaysia yang dilaporkan dihadiri kira-kira 16,000 orang.

Mangsa yang meninggal dunia tidak menyertai perhimpunan itu tetapi mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia dan Kemboja. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *