Covid-19: Amerika Syarikat Catat Lebih 100,000 Kes

America Syarikat negara paling terjejas di dunia mengatasi Itali dan China akibat pandemik Covid-19.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan 101,567 kes koronavirus (Covid-19), menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Bandar raya New York merekodkan angka tertinggi dengan 44,876 kes dengan 567 kematian, sekali gus menjadi pusat wabak di AS.

Data terbaharu itu menyaksikan AS kini mengatasai Itali (86,498 kes) dan China (81,897 kes) sebagai negara paling terjejas di dunia.

Sehingga semalam, pandemik berkenaan meragut lebih 1,000 nyawa di AS dan angka itu dijangka bertambah dari masa ke masa. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *