Saya Dilantik Jadi Perdana Menteri Bukanlah Pada Momen Yang Terbaik, Kami Tidak Sempurna – Muhyiddin Yassin

Menerusi sidang media mengenai Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membantu rakyat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun bait-bait kata akhir sebelum menamatkan persidangan media tersebut membuatkan ramai yang tersentuh. Inilah ayat-ayat untuk rakyat lebih mudah memahami.

“Saya jadi Perdana Menteri untuk anda di saat momen yang terbaik”

Mungkin kali ini bukan kerajaan yang anda undi, tetapi saya ingin beritahu anda semua, saya prihatin dengan anda semua. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri di saat yang tidak seronok. Saya terpaksa menghadap pelbagai krisis termasuklah politik, ekonomi dan kesihatan. 

Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah pasti memerlukan penilaian yang tidak sama dengan sebelumnya. Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang disayangi, saya berharap untuk anda sama-sama memikul tanggungjawab ini bersama saya dan rakan kabinet yang lain. 

InsyaAllah kita akan lebih kuat dan maju setelah krisis ini berakhir.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *