COVID-19: Dua Kes Direkodkan Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Selepas tidak merekodkan pertambahan, semalam, kes Covid-19 di Sabah, hari ini, meningkat dua kes menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 172 kes.

Angka terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Dua kes yang dilaporkan itu masing-masing satu di Tawau dan Kota Kinabalu manakala daerah-daerah lain masih kekal dengan jumlah kes sebelum ini.

Tawau masih menjadi daerah tertinggi merekodkan kes Covid-19 dengan 50 kes termasuk satu pada hari ini disusuli Lahad Datu yang setakat ini kekal dengan 34 kes.

Kota Kinabalu yang bertambah satu kes hari ini juga kekal menjadi daerah ketiga tertinggi dengan 24 kes manakala Tuaran menjadi daerah keempat tertinggi dengan 12 kes.

Sementara itu, dua daerah berjiranan iaitu Sandakan dan Kinabatangan masing-masing kekal dengan 11 kes.

Lain-lain daerah yang merekodkan Covid-19 setakat ini ialah Beaufort dengan enam kes, Kota Belud dan Kunak masing-masing dengan lima kes, Sipitang (4), Putatan (4), Ranau (2), Papar (2), Penampang (1) dan Semporna (1).

Setakat ini juga, Sabah telah merekodkan satu kes kematian akibat Covid-19 iaitu di Tawau. – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *