743 Korban Dalam Masa 24 Jam Di Itali, Kadar Jangkitan Menurun Selepas Perintah Berkurung

ROME: Jumlah kematian COVID-19 di Itali meningkat pada Selasa (semalam), namun kadar jangkitan tersebut sudah mula perlahan rentetan perintah kawalan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Pegawai-pegawai perubatan di seluruh negara Mediterranean itu membentangkan setiap data terbaharu untuk melihat sama ada perintah penutupan (kawalan) selama dua minggu tersebut memberi hasil atau tidak pada krisis tersebut.

Sekatan besar-besaran itu secara teorinya (berdasarkan jadual asal) akan berakhir pada Rabu (setelah bermula sejak 9 Mac lalu), walaupun kerajaan mungkin mahu menyambung tempohnya dalam masa beberapa minggu atau bulan lagi.

Tempoh ‘lockdown’ di Itali mungkin akan disambung. Gambar: Google

Untuk rekod terkini, Itali mencatatkan 743 kes kematian terbaharu, sekaligus ‘memecahkan’ semula rekod kejayaan negara itu dimana angka kematian turun kepada 601 kes pada Isnin.

Dalam erti kata lain, setelah dua hari angka kematian menurun, kini ia kembali naik semula dengan kematian terkini (24 Mac) sebanyak 743.

Ia mencatat rekod dunia dengan jumlah kematian sebanyak 793 kes kematian (sehari) pada Sabtu.

Namun kadar bagi kes jangkitan (yang rasmi) hanya 8 peratus, sama seperti Isnin dan tahap terendah sejak Itali melaporkan kematian pertama pada 21 Februari lalu.

Ia telah (mula) meningkat sebanyak 50 peratus bermula sejak awal Mac.

“Langkah yang kami ambil pada dua minggu lalu mula memberi kesan,” kata Ketua Pegawai Perlindungan Awam, Angelo Borrelli pada akhbar La Repubblica sebelum jumlah kematian bagi Selasa dikeluarkan.

Rekod kematian di Itali. Jumlah harian tertinggi dicatatkan pada Sabtu 21 Mac dengan 793 kes sehari, namun telah mula menurun untuk hari-hari seterusnya. Gambar: Worldometer

Beliau berkata lebih banyak data dalam tempoh beberapa hari akan datang menunjukkan “jika keluk pertumbuhan benar-benar meruncing,”

Kadar penularan wabak yang menurun itu menawarkan sinar di tengah-tengah krisis global yang meruncing di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat.

Para saintis percaya bahawa negara-negara seperti Sepanyol dan Perancis akan mengikuit jejak langkah Itali dalam masa beberapa minggu lagi.

Angka kes di Amerika Syarikat juga adalah lebih kurang sama dengan Itali sejak 20 hari lalu.

Kebanyakan negara Eropah dan sesetengah di Amerika telah mencontohi Itali dan menunjukkan hasil mereka melalui pembendungan diri dan penjarakan sosial dalam usaha menghentikan perebakan virus tersebut.

Data yang dikumpulkan Borrelli dari 22 wilayah di Itali itu adalah penting kepada pembuat dasar global dan pakar perubatan.

Mereka bagaimanapun tidak mahu untuk membuat sebarang kesimpulan berdasarkan penurunan kes bagi dua hari itu (22 & 23 Mac).

Jumlah kematian di Itali masih lagi tertinggi di dunia berbanding yang direkodkan di China.

Sumber: Channel News AsiaWorldometer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *