TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 16 Kematian

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan.

Menurut perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya itu, mangsa adalah merupakan kes yang ke-1334. Kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16 orang setakat ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3157004520990081/?type=3&theater

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *