TERKINI: Covid-19, Lagi Kematian Direkodkan

Dr Noor Hisham -Foto Bernama

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan satu kematian terbaharu akibat koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya berkata, mangsa terbaharu itu merupakan kes ke-1519.

“Lelaki berusia 71 yang berasal dari Melaka disyaki mempunyai kontak dengan kes positif kes ke-703 yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac.

“Dia disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, pagi ini,” katanya.

Kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 15 kes.

“KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *