COVID-19: Menteri Belia & Sukan Sabah Disahkan Negatif, Teman Wanita Positif

KOTA KINABALU: Walau keputusan ujiannya negatif, Menteri Belia & Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe tetap menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan wabak Covid-19.

Phoong menerusi paparan Facebook pagenya menyatakan, pengesahan ujian saringan itu baru dimaklumkan oleh pihak hospital pagi tadi.

Bagaimanapun, teman wanitanya yang difahamkan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara disahkan positif Covid-19.

Phoong berkata, beliau menjalani saringan kesihatan pada 17 Mac lalu, selepas Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii disahkan positif Covid-19.

Katanya, memandangkan beliau ada berjumpa dengan MP Kuching semasa bermesyuarat di Kuala Lumpur maka, atas dasar tanggungjawab, beliau menjalani kuarantin di rumah dan menjalankan saringan kesihatan.

“Saya menjalani saringan di Hospital Queen Elizebath pada 6 petang dan terus menjalani kuarantin di rumah. Itu adalah tanggungjawab saya bagi menjalani kuarantin dan melakukan saringan kesihatan.

“Sejak 18 Mac sehingga kini, saya tidak ada bertemu sesiapa kecuali teman wanita saya, Jolin Puan. Malah, saya juga bekerja dari rumah.

“Namun, pada 20 Mac, teman wanita saya disahkan positif kerana dia turut menjalani saringan kesihatan bersama saya pada 17 Mac lalu.

“Atas sebab itu, saya meneruskan kuarantin untuk kali kedua (sehingga 31 Mac) disebabkan saya merupakan kontak rapat kepadanya,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih terhadap doktor,  jururawat dan petugas kesihatan atas bantuan dan tahap profesional mereka dalam menjalankan tugas bagi memerangi jangkitan wabak Covid-19 ini.

SumbeR: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *