COVID-19: 3,800 Jemaah Tabligh Diburu

Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kelantan mengambil sampel darah lelaki tabligh yang pernah menghadiri Perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor bulan lalu diperiksa di rumahnya di Kampung Tawang, Bachok. – Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mula memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lalu.

“Lebih 3,800 jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

“Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan walaupun tidak mempunyai pasport …yang penting mereka dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya pada penugasan Op Joint Patrol COVID-19 PDRM ATM, di Jalan Ampang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, turut menasihatkan jemaah tabligh terbabit untuk tampil sebelum polis mengesan mereka di kediaman masing-masing.

Setakat hari ini, 14 kematian akibat COVID-19 direkod, dan darip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *