Lelaki Ditemui Mati Di Pasar Sibuga

Foto Ihsan Pembaca

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditemukan meninggal dunia di Pasar Sibuga, Batu 8, di sini, tadi pagi.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditemui orang awam di pasar berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 7.50 pagi.

Gambar lelaki terbabit dalam keadaan terduduk dan ditutup kain turut tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

“Mayat kini berada di bilik forensik Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.

“Kita nasihatkan orang ramai agar tidak panik  dan membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini,” katanya di sini, hari ini. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *