Sabah Tutup Jeti Penumpang Antara Daerah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri arahkan operasi jeti penumpang awam antara daerah (inter-district) ditutup sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19 di Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam kenyataan berkata, larangan terbabit diputuskan menerusi mesyuarat Sabah Covid-19 Command Centre hari ini.

“Kerajaan negeri memutuskan supaya operasi jeti penumpang awam antara daerah (Inter-District) di Kudat, Sipitang, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau ditutup mulai 22 Mac hingga 31 Mac kecuali bagi kes-kes kecemasan.

“Sementara itu, selaras dengan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara pada 20 Mac lepas, kerajaan negeri juga akan melaksanakan arahan itu bermula 22 Mac hingga 31 Mac kelak di mana semua individu yang memasuki negeri Sabah terus dari luar negara melalui udara, laut, sungai dan darat akan dikuarantin di pusat kuarantin selama 14 hari,” katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya 17 daerah melakukan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kenderaan yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kerajaan Negeri mengarahkan supaya semua daerah mengenakan sekatan jalan raya dengan serta-merta,” katanya.

Safar turut mengesahkan bahawa bekalan makanan di seluruh Sabah adalah mencukupi.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *