Ronaldinho Sambut Hari Lahir Dalam Penjara

Ronaldhino bakal berdepan hukuman penjara enam bulan selepas harapannya untuk dibebaskan kerana menggunakan pasport palsu hancur semalam.

ASUNCION: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho bakal berdepan hukuman penjara enam bulan selepas harapannya untuk dibebaskan kerana menggunakan pasport palsu hancur semalam.

Bekas bintang Barcelona dan AC Milan yang suka berhibur dan terkenal dengan sambutan hari lahir meriah, meninggalkan mahkamah dengan tangan digari.

Dia dan abangnya yang berusia 49 tahun, Roberto menafikan mereka memasuki Paraguay dengan pasport palsu.

Usahanya untuk mempertahankan diri musnah selepas ahli perniagaan wanita yang merancang kunjungannya ke Amerika Selatan gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Ia bermakna Ronaldinho berdepan kemungkinan menyambut hari lahirnya yang ke-40 esok di penjara yang turut diancam coronavirus.

Rayuannya terhadap keputusan hakim untuk menukar hukuman penjara kepada penahanan dalam rumah gagal minggu lalu dan diberi amaran boleh dikenakan penjara enam bulan.

Ronaldinho, yang juga bintang Piala Dunia Brazil pada 2002 adalah antara pemain paling hebat pernah dilahirkan dan ditahan di penjara di luar ibu kota Paraguay, Asuncion.

JUsteru hari lahirnya akan jauh berbeza ketika sambutan ke-26 apabila berpesta hingga jam 6 pagi di kelab malam dekat Barcelona.

Sambutan hari lahir ke-32 pula berlarutan hingga lima hari dan menelan belanja puluhan ribu pound di sebuah hotel mewah dekat Rio de Janeiro, Brazil. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *