Polis Beluran Lancar OP Covid

Sekatan jalan raya dilakukan Anggota Polis Beluran dalam Op Covid.

BELURAN: Polis melancarkan Op Covid-19, bagi memastikan masyarakat sekitar Beluran, Telupid dan Paitan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda, berkata pihaknya akan ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai untuk memastikan masyarakat memahami dan mematuhi perintah itu.

“Kita hendak pastikan masyarakat akur kepada perintah itu demi kebaikan semua dan mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Sekatan jalan raya dilakukan Anggota Polis Beluran dalam Op Covid.

“Seperti yang digariskan kerajaan, mereka yang tidak berhak untuk berada di luar, kita akan pastikan mereka ini berada di rumah masing-masing.

“Ini perkara baharu dan mungkin masyarakat setempat masih kurang

memahami apa yang dimaksudkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kasim berkata, rondaan dan sekatan jalan raya dilaksanakan membabitkan pegawai dan anggota untuk menyampaikan maklumat jelas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, polis sudah diberi arahan untuk menguatkuasakan Akta Polis 1967 dan akan  digunakan sekiranya perlu.

“Aktiviti harian bagi beberapa premis untuk menjual keperluan asas beroperasi seperti sedia kala seperti bank, stesen minyam, kedai runcit, pasar dan agensi kerajaan yang ditetapkan untuk bertugas seperti biasa.

“Sekiranya ada pihak masih berdegil, kita akan menguatkuasakan akta ini dan mengambil tindakan,” katanya.

Kasim turut menasihatkan orang ramai agar berhubung dengan polis jika mempunyai kemusyikalan berhubung perintah itu. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *