Pasar Kraftangan Kota Kinabalu Lengang

Suasana Pasar Kraftangan di sini yang ditutup selama 14 hari.

KOTA KINABALU: Pasar Kraftangan di sini lengang selepas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengarahkan semua operasinya dihentikan selama 14 hari selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Tinjauan dilakukan mendapati kesemua perniagaan yang beroperasi dalam kawasan Pasar Kraftangan itu turut ditutup.

Gerai berkenaan termasuklah perniagaan menjual ikan masin, buah-buahan, menjahit pakaian, minuman serta lain-lain.

Suasana Pasar Besar di sini yang dikunjungi pengguna untuk membeli keperluan harian.

Pita larangan turut dipasang di sekitar pasar berkenaan bagi mengelakkan sebarang urusan jual beli atau perniagaan diadakan sepanjang 14 hari ini.

Bagaimanapun, Pasar Basar di sini kekal beroperasi tetapi tidak semua gerai yang terdapat didalamnya dibuka.

Orang ramai masih datang untuk membeli barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran serta buah-buahan tetapi kedatangan pengguna tidak seramai seperti hari-hari sebelumnya.

Pasar ikan juga dibuka seperti biasa dan kelihatan ramai pengguna berkunjung untuk membeli makanan laut untuk kegunaan harian.

Suasana di Pasar Ikan Kota Kinabalu yang masih dikunjungi masyarakat di sini.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *