Masjid Utama Di Kota Kinabalu Patuhi Arahan

Notis pemberitahuan ditampal di pintu pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Foto Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Masjid utama di bandar ini mematuhi arahan tidak mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19, hari ini.

Antaranya Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Negeri dan Masjid USIA Bandar Kota Kinabalu apabila tiada sebarang sebarang aktiviti dijalankan.

Tinjauan juga mendapati pintu pagar di tiga masjid berkenaan ditutup bagi memberi sebagai mematuhi pelaksanaan perintah itu.

Bagaimanapun laungan azan terus dilaksanakan bagi menandakan masuk waktu solat.

Dalam pada itu, notis pemberitahuan turut ditampal di pintu masuk masjid bagi memaklumkan sebarang aktiviti masjid termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Pihak pengurusan masjid turut berjaga di pintu masuk bagi mengelak orang ramai daripada memasuki kawasan rumah ibadat itu.

Untuk rekod, seperti yang diumumkan kerajaan semua aktiviti masjid dan surau di Sabah termasuk Solat Berjemaah ditangguhkan selama 10 hari bermula 17 Mac lalu hingga 26 Mac depan sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan jangkitan Covid-19.

Sementara itu, kes positif Covid-19 di Sabah menunjukkan peningkatan sejak minggu pertama membabitkan 112 kes setakat semalam. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *