COVID-19: 5 Lagi Doktor Di Itali Meninggal Dunia, Lebih 2,600 Staf Kesihatan Disahkan Positif

Seramai lima lagi doktor di Itali meninggal dunia akibat koronavirus, menjadikan jumlah kematian dalam kalangan staf kesihatan sebanyak 13 kes.

Setakat ini, seramai 2,629 petugas kesihatan disahkan positif COVID-19, lapor Daily Mail.

Jumlah petugas kesihatan yang positif virus itu adalah bersamaan 8.3 peratus kes jangkitan negara itu.

Foto DailyMail

Angka tersebut menyebabkan kerisauan terhadap keselamatan petugas barisan hadapan yang terpaksa bersentuhan dengan pesakit COVID-19 secara kerap.

Sementara itu menurut laporan Euronews, seorang doktor berusia 57 tahun sebelum ini disahkan mengalami pneumonia sebelum meninggal dunia.

Dalam temubual terakhir beliau sebelum disahkan positif COVID-19, Marcello Natali berkata beliau terpaksa mengendalikan pesakit tanpa memakai sarung tangan kerana kehabisan stok. Susulan itu, beliau dimasukkan ke hospital di Cremona sebelum dipindahkan ke Milan setelah menunjukkan simptom pneumonia.

Terkini, Itali mencatatkan sebanyak 4,207 kes positif dan 475 kematian baru. Jumlah kematian yang tinggi itu menjadikan rekod jumlah kematian sehari paling tinggi di dunia, mengatasi jumlah kes kematian sehari dilaporkan di China, negara bermulanya wabak berkenaan.

Foto DailyMail

Rekod kematian tertinggi dalam tempoh sehari sebelum ini turut dilaporkan di Itali dengan jumlah kematian 368.

Dalam perkembangan yang lain, kerajaan Itali dilapor akan memanjangkan tempoh perintah berkurung yang sebelum ini akan tamat pada 3 April.

Sumber: Daily MailEuronews, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *