Tiada Pesakit Covid-19 Larikan Diri Dari HQE – Pengarah JKNS

Datuk Dr Christina Rundi. (kiri)

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat dua pesakit Covid-19 melarikan diri daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, mesej yang ditularkan itu tidak sahih.

Mengenai mesej tular tentang amaran Zon Merah melibatkan beberapa daerah dan pasar ikan, maklumat itu juga tidak benar.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian Covid-19 termasuk tempat-tempat yang dikatakan dicemari oleh Covid-19.

Mengenai perkembangan kes Covid-19 di Sabah, beliau berkata, sebanyak 112 kes dilaporkan setakat hari ini dan tiada kematian direkodkan di Sabah akibat wabak penyakit tersebut.

Tambahnya, orang awam juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman sesawang KKM; moh.gov.my.

Bagi Negeri Sabah, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan melalui Bilik Gerakan Covid-19 dan fasiliti-fasiliti Kesihatan Negeri Sabah. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *