Sekumpulan Gajah ‘Terlelap’ Di Kebun Teh, Dipercayai Mabuk Selepas Terminum 30kg Wain Jagung

SEJUMLAH 14 ekor gajah ditemui terbaring bergelimpangan di sebuah ladang teh di wilayah Yunan, China, dipercayai akibat terminum 30 kilograms wain jagung.

Lebih menarik lagi, minuman tersebut telah memabukkan kumpulan gajah berkenaan sehingga didapati ‘terlelap’ dalam keadaan senyum.

Menurut perkongsian di Epicalyptic, difahamkan gajah-gajah itu berada di kawasan kebun berkenaan untuk mencari jagung dan makanan-makanan lain.

Kejadian menarik itu mengundang gelak ketawa oleh para netizen, mereka tidak menyangka bagaimana haiwan liar itu boleh terminum wain jagung sehingga mabuk.

Bagaimanapun, senyuman yang terukir di wajah mamalia tersebut sebenarnya menyorokkan keperitan mereka menjelajah ke serata belantara untuk teruskan kehidupan.

Menurut kiriman itu lagi, gajah-gajah itu terpaksa ‘singgah’ ke kebun teh tersebut kerana kebanyakan hutan yang menjadi tempat tinggal asal mereka sudah banyak dihenyak kemusnahan melalui pembalakan sehingga kehilangan sumber makanan.

Kelihatan gajah yang terbaring mabuk selepas minum wain jagung tersebut. Gambar: Facebook

Tambahan pula. kini dunia sedang berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 yang menyerang ratusan ribu manusia.

Maka dengan itu, langkah-langkah keselamatan seperti penjarakan sosial (social distancing), kuarantin dan perintah berkurung yang dilaksanakan di beberapa negara ekoran pandemik virus itu boleh menjadikan alam semulajadi kembali pulih semula dalam tempoh yang singkat.

Selain itu, pengurangan mendadak kandungan nitrogen dioksida yang pernah mencemari Terusan Venice di Itali baru-baru ini sehingga berjaya ‘menjemput’ semula kehadiran dolfin dan swan menunjukkan bahawa betapa berkesannya ketiadaan aktiviti manusia pada bumi.

Kemusnahan hutan belantara di Kalimantan, Indonesia akibat pembalakan menyebabkan hidupan primate spesis Orang Utan kehilangan tempat tinggal. Gambar: Google

Oleh itu, selain usaha penjarakan sosial, kita perlu berusaha lebih lagi.

Tanam lebih banyak pokok, hentikan sebarang projek pembangunan yang tidak perlu khususnya apabila terdapat banyak lagi kawasan projek-projek terbengkalai yang ada yang boleh digunakan semula.

Jangkitan COVID-19 pasti akan berkurangan sekiranya kita boleh berhenti untuk melakukan kemusnahan dan kebodohan kepada planet ini.

Sumber: EpicalypticWorld of Buzz SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *