Lelaki Maut Motosikal Dinaiki Terbabas Sebelum Langgar Tiang Besi

Mangsa, Fredolin (gambar kecil) yang maut di lokasi kejadian.

TUARAN: Seorang penunggang lelaki disahkan maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas sendiri di Kampung Telibong Jalan Berubgis-Tenghilan di sini kelmarin.

Mangsa, Fredolin Felix Lapex, 35, berasal dari Kampung Bolotikon Tamparuli.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa membawa motosikalnya dengan laju sebelum hilang kawalan di jalan berkenaan.

“Motosikal mangsa kemudiannya terbabas ke tepi pembahagi jalan sebelum melanggar tiang besi sehingga tercabut menyebabkan mangsa tercampak dan jatuh ke atas jalan.

“Impak kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *