COVID-19: Sabah Catat Rekod Tertinggi, 10,553 Jemaah Tabligh Diperiksa, 513 Positif

KUALA LUMPUR: Seramai 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling sudah diperiksa.

Sebanyak 4,986 sampel diambil dan 513 disahkan positif COVID-19 sehingga tengah malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu seorang jemaah berusia 34 tahun meninggal dunia pada Isnin lalu.

“Kementerian Kesihatan menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk pemeriksaan segera berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat terkini kes pengesanan kluster kes COVID-19 bagi taburan kes Jord Qudama dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Jamek Sri Petaling sehingga semalam, seramai 10,650 peserta tabligh dikesan membabitkan 40 markas.

Daripada jumlah itu, 10,553 sudah diperiksa dengan 4,986 sampel diambil dan 2,559 disahkan negatif manakala 513 positif.

Jadual itu juga menunjukkan seramai 659 sudah dimasukkan ke hospital manakala 6,627 di dalam pemantauan di rumah masing-masing.

Daripada keseluruhan kes itu, sebanyak 109 dicatatkan di Perlis dengan tujuh orang disahkan positif, sebanyak 323 diperiksa di Kedah dengan 31 kes positif; 143 kes di Pulau Pinang dan 28 kes positif, Perak (577 kes diperiksa, 28 kes positif) dan Selangor (1,924 diperiksa, 40 positif).

Seramai 262 diperiksa di Negeri Sembilan dengan 33 kes positif; Melaka (371 diperiksa, 17 positif);Johor (1,276 diperiksa, 53 positif); Pahang (894 diperiksa, 29 positif); Terengganu (364 diperiksa, 10 positif); Kelantan (614 diperiksa, 28 positif), Sarawak (656, 38 positif); Sabah (1,805 diperiksa, 91 positif), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (764 diperiksa, 75 positif) dan Labuan41 diperiksa, lima positif).

SumbeR: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *